Mesin NV-30 perlu dihantar ke service center setiap 1 tahun. Adalah tidak digalakkan saudari meminyak mesin jenis ini kerana mesin ini mempunyai sensor elektronik.Tapak snap-on adalah bergantung kepada model mesin.
Saudari boleh cuba memasukkan tapak tersebut. Walaubagaimanapun, saudari dinasihatkan untuk memusingkan puli mesin untuk menggerakkan jarum secara manual. Sila pastikan jaarum tidak menyentuh tapak tersebut bagi mengelakkan jarum patah, dan jangan menggunakan tapak tersebut jika jarum menyentuh tapak.